Cara dapat duit lebih (dari poket sendiri)
Kehebatan kita adalah menghabiskan wang. Kelemahan kita pula
adalah menyimpan dan mengandakan wang. Seperti yang pernah dibincangkan sebelum
ini, setiap orang perlu ada paling kurang 3 bulan Dana Kecemasan. Namun,
bagaimana cara untuk kita menggumpul dana tersebut?
Baca sini - Kepentingan Dana Kecemasan 3 Bulan
#1. Jual sesuatu
Jika didalam rumah anda ada barang yang telah tidak
digunapakai melebihi 6 bulan, barang tersebut adalah bukan barangan kegunaan
dan anda boleh untuk terus hidup tanpanya. Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk
menjual dan mendapatkan seberapa banyak wang untuk dimasukkan ke dalam Dana
Kecemasan anda.
#2. Dapatkan kerja sampingan #DuaKerja
Demi mencapai matlamat membina tabungan atau Dana Kecemasan,
adalah lebih baik jika anda dapat melakukan #DuaKerja. Siang bekerja di
pejabat, malam menjadi chef. Menerima tempahan membuat kek, roti dan biskut. Ikutlah
kretiviti masing-masing. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu
dalih.
#3. Bekerja dirumah
Jadikan rumah anda tempat kerja baru anda! Ramai yang tidak
sedar bahawa kos menghantar anak ke Taska atau Pusat Jagaan telah menelan lebih
kurang 20% atau lebih dari jumlah pendapatan bulanan. Tidak termasuk dengan kos
pengangkutan untuk ke pejabat lagi.
Jika anda seorang wanita, rumah anda boleh dijadikan pusat
jagaan kanak-kanak. Ambil upah menjaga anak-anak jiran dan daftarkan di Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Mengikut syarat yang ditetapkan anda boleh menerima 4
hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan di rumah sendiri.
Selain itu, ada banyak lagi idea yang boleh anda
pertimbangkan untuk menjalankan perniagaan dari rumah.
#4. Ubah Tabiat.
Ubah tabiat kita yang suka membazir. Seringkali kita
membiarkan air terbuka, kipas, pendingin hawa, lampu perhiasan dan lain-lain
peralatan elektrik terpasang tanpa digunakan. Perkara ini sedikit sebanyak
memberi impak kepada bacaan meter air dan elektrik. Satu ringgit pun wang juga
bukan? Mana cukup satu juta jika tiada satu ringgit. Jadi, berjimatlah. Ubah
sikap, ajar anak-anak untuk berjimat.
Selain itu, tabiat suka window shopping juga mampu
mempengaruhi kewangan sebenarnya. Ya! Anda tidak membeli apa-apa, namun anda
lupa, caj parking, minyak kereta dan kos makan diluar sebenarnya sudah banyak.
Jika setiap hujung minggu anda ubah tabiat ini dan bawa satu keluarga ke taman
rekreasi untuk bersenam kan lebih baik!
#5. Hentikan.
Sedar tak sedar, kita sering kali membayar untuk perkara
yang sia-sia.
Hampir setiap rumah MESTI melanggan siaran berbayar dan perkhidmatan
internet. Adakah itu keperluan atau kehendak?
Selain itu, HENTIKAN juga hobi dan perkara yang tidak berfaedah seperti tabiat
MEROKOK. Banyak boleh jimat dengan tidak merokok malahan badan lebih sihat.
#6. Makan dirumah
Mula belajar memasak, masak dan makan dirumah. Lebih menjimatkan,
mengenyangkan dan menyihatkan. Jika anda hidup bersendiri atau berdua, mungkin
makan diluar adalah lebih baik. Jika berkeluarga, bawalah bekal atau isi perut
sebelum keluar.
#7. Tangguhkan percutian
Telah menjadi lumrah setiap orang, untuk pergi bercuti
setiap tahun. Mungkin untuk anda yang mahu berjimat dan membina wang simpanan
atau dana kecemasan, tangguhkan perancangan untuk bercuti pada tahun ini. Atau
kurangkan bajet percutian. Jika merancang ke luar negara, ubah ke dalam Negara.
Capaikan matlamat anda dan utamakan yang
lebih penting.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Kalau anda serius dengan perancangan anda untuk memperbetulkan kewangan anda, pengorbanan adalah salah satu kunci utama untuk merialisasikannya!
Selamat mencuba.
FS
Leave a Comment