Strategi Kewangan Musim Covid19










Siapa sangka, tahun lepas kita semua bebas ke sana, ke sini, ke sana, ke sini, ke sana, ke sini.

Nak pergi Kedah, Sabah, Sarawak boleh ikut suka.

Sekarang nak pergi kedai pun macam pertama kali nak pergi interview. Seram sejuk!

Rasa macam ada godzilla nak baham pun ada.

Itulah penangan Covid-19 kepada kita.

Nak kata lagi, seram bukan sebab penyakit sahaja. Tapi sebab ekonomi pun sama lah.

Ramai orang risau, kerja harini boleh maintain berapa lama. Gaji masih boleh dapat atau tak?

Walaupun kerajaan dah umumkan macam-macam bantuan, tapi berapa lama boleh bertahan?

Berapa banyak wang kerajaan? Banyak syarikat dah mula goyang. Income tak ada, kos operasi masih perlu ditanggung.

Nak cakap pasal ekonomi negara, terlalu besar. Jom kita fokus kepada ekonomi individu dahulu.

Covid-19 kita lihat sebagai musibah atau peluang itu terpulang kepada anda sendiri.

Bagi saya ini adalah peluang. Peluang dimana saya boleh mula tingkatkan skill, kurangkan belanja dan peluang untuk kita beri masa rehat untuk diri dan bumi ini.

Pada masa PKP dan Covid-19 ni, perkara yang paling rugi kalau kita tak lakukan adalah:

1. Bina Strategi Kewangan Baru

- Disebabkan ramai dah kena bekerja dari rumah, so perbelanjaan kita akan berkurang. Tak perlu bayar Tol, Petrol dan Servis kenderaan.

- BNM pun dah berikan penangguhan bayaran selama 6 bulan. Gunakan peluang ini untuk bina modal atau bina dana kecemasan.

- Bina strategi yang defensive supaya bila masa dah beransur pulih kita boleh attack.

2. Upgrade Skill

- Masa PKP ni khasnya, kebanyakan orang ada banyak masa. Kerja dari rumah so tak perlu nak keluar menghadap jem.

- Mesti ada lebihan tenaga dan masa. So gunakan sebaiknya untuk belajar kemahiran baru.

Apa pun yang berlaku sekarang dan pada masa depan, kita perlu persiapkan diri dengan kekuatan kewangan, mental, fizikal dan skill yang baik untuk terus survive!

Fadhliyansah Saipul
16 April 2020
Subang Jaya

Powered by Blogger.