Tips Jimat Lengkapkan Rumah Bagi Pasangan Baru Berkahwin



Mahu mendirikan rumah tangga, bukanlah sekadar dengan membuat kira-kira bagi majlis pernikahan dan persandingan sahaja.

Teringat masa sedang dalam proses merancang untuk mendirikan rumah tangga. Teramatlah risau dengan kos-kos perbelanjaan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi kami merancang untuk duduk sendiri. Waktu itu, mulalah proses mencari lokasi rumah yang ingin diduduki. Kemudian, mula membuat kira-kira dan memikirkan cara untuk melengkapkan barang-barang di rumah yang bakal kami duduki kelak.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi mengenai cara untuk menjimatkan kos bagi melengkapkan barang-barang di rumah bagi pasangan yang baru berkahwin. 

#1. Mohon Hadiah

Berpakatlah dengan kawan baik, ahli keluarga dan rakan di pejabat anda untuk memberi hadiah yang betul-betul perlu untuk kegunaan seharian anda di rumah kelak.

Cuba bertanya pada mereka, apa hadiah atau pemberian yang mereka ingin berikan. Terangkan pada mereka, jika hadiah yang diberikan itu sama, kemungkinan besar anda tidak akan menggunakannya. Adalah lebih baik jika pemberian tersebut dirancang. 

Dengan itu, kemungkinan untuk anda membeli barangan yang diperlukan seperti periuk nasi dan sebagainya adalah kurang.

#2.  Tanya Keluarga (Warisi) 

Selain itu, seperti yang kami sendiri lakukan, kami bertanya pada keluarga terdekat jika ada perabot atau kain langsir yang tidak diperlukan lagi dan masih elok untuk digunakan. Anda bolehlah membeli daripada mereka atau meminta mereka untuk menghibahkan (menghadiahkan) kepada anda. 

Setelah 4 tahun berkahwin, kami masih menggunakan kain langsir yang diwariskan kepada kami kerana ia masih dalam keadaan elok walaupun ia adalah kain langsir yang telah berusia lebih 10 tahun. 

#3. Beli Sendiri

Jika anda rasa tip #1 dan #2 tidak memenuhi keperluan anda, mahu tidak mahu anda perlu membeli sendiri. Namun, rancanglah sebaik-baiknya. Jangan sesekali membeli perabot atau barangan di rumah secara berhutang. 

Gunakan teknik "Rancang, Survey, Simpan & Beli". Jangan terburu-buru sedangkan anda boleh membeli perabot/peralatan di kedai yang menjual barangan terpakai atau beli ketika jualan murah.

#4. Sewa Rumah Fully Furnished

Hah. Kan senang, nak pindah tak payah serabut dah. :) 

PERINGATAN! 
Lengkapkan dengan kelengkapan asas sahaja. Tidak perlu untuk menjadikan rumah anda seperti rumah orang yang telah berkahwin lebih dari 10 tahun agar memudahkan proses berpindah lebih-lebih lagi anda hanya duduk berdua buat masa itu. Rumah yang terlalu lengkap juga bakal merumitkan keadaan jika anda mempunyai anak kecil kelak. 
Powered by Blogger.