Beli Tanah Lot




Jika anda beli tanah, mana gerannya?

Ramai dah tertipu dengan scam dan janji manis jualbeli tanah. Tak kira usia dan latarbelakang habis wang puluhan ribu lesap. Semua terkena dengan tipu daya dan muslihat mereka. Semoga Allah saja yang membalasnya.

Dari perkongsian oleh:
Peguam Hartanah

Tips Ringkas Urusan Pembelian Tanah Lot

1. Kalau anda nak beli tanah lot, CARILAH Tanah Lot yang telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus Bangunan. Ini kerana:-
  • Sekiranya tanah lot tersebut telah ada geran individu , maka proses dan transaksi jual beli tanah tersebut akan menjadi lebih mudah dan cepat. Hak dan kepentingan anda juga akan dilindungi.
  • Jika anda ingin membuat pinjaman untuk membeli tanah lot, bank hanya boleh meluluskan pinjaman untuk tanah lot yg dah ada geran individu dan berstatus bangunan shj.
2. Adapun Tanah lot yang masih dalam satu Geran Besar (Master Title) dan masih berstatus Pertanian, saya KURANG MENGGALAKKAN (BUKAN MELARANG SEPENUHNYA) anda beli tanah lot sebegini kerana ianya AMAT BERISIKO.

3. Sekiranya anda terpaksa membeli tanah lot sedemikian, ada beberapa tips yg boleh sy kongsikan untuk nak protect diri anda:
  • Dptkan pengesahan bertulis drpd tuan tanah / penjual ttg status urusan pecah bahagi dan tukar syarat serta urusan pengeluaran geran individu tanah lot tersebut. Mintak mereka lampirkan bukti perserahan pelan lay-out yg juru ukur dah submit ke Majlis Daerah/ Perbandaran atau resit perserahan permohonan pecah bahagi dan tukar syarat yg juru ukur / tuan tanah dah submit ke pejabat tanah atau salinan Borang 5A (Borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang meminta tuan tanah menjelaskan premium sblm geran individu boleh dikeluarkan). Jika lengkap semua dokumen2 tersebut dan meyakinkan tn/pn, bolehlah tn/pn proceed dgn pembelian tersebut.
  • Sila lantik peguam hartanah anda sendiri untuk sediakan perjanjian jual beli tanah lot tersebut. Dimana dalam perjanjian tersebut mintak peguam anda nyatakan di dalam preamble (bahagian awalan perjanjian) ttg status dan proses pengeluaran geran individu tanah lot tersebut. Kalau boleh lampirkan sekali dokumen2 sokongan tadi sebagai lampiran yg akan dibaca bersekali dgn perjanjian jual beli tersebut. Pendek kata semuanya mesti dinyatakan secara jelas dan telus di dalam perjanjian jual beli tersebut.
  • Perjanjian jual beli tersebut mestilah perjanjian bersyarat (pre-conditional agreement). Maksud saya mesti dinyatakan di dalam perjanjian tersebut yg urusan jual beli ini dibuat secara bersyarat dimana syarat tersebut adalah pihak tuan tanah/ penjual hendaklah terlebih dahulu mendapatkan pengeluaran geran individu yg berasingan yg telah ditukar syarat kpd bangunan dlm tempoh masa tertentu, misalnya, 12 BULAN, sebelum transaksi ini boleh disempurnakan. Sekiranya gagal, perjanjian tersebut dianggap terbatal secara otomatik dan tidak mempunyai apa2 kesan perundangan.
  • Dari segi bayaran harga jual beli pula, pembayaran deposit boleh dibuat pada masa menandatangani perjanjian jual beli tersebut, tetapi bayaran deposit hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Peguam sebagai stakeholder, dan bukannya terus kpd tuan tanah/ penjual. Sekiranya tuan tanah perlukan sedikit modal awalan utk urusan2 proses pengeluaran geran individu tersebut, ia boleh memohon kpd peguam tersebut supaya dilepaskan byaran terus kpd pihak berkuasa yg berkenaan (bukan kpd tuan tanah/ penjual) dgn mengemukakan bukti bertulis ttg bayaran2 yg diperlukan tersebut.

    Misalnya, kalau tuan tanah perlukan wang untuk bayar juru ukur, juru ukur hendaklah menghantar terus invois kpd peguam tersebut dan atas budi bicara peguam tersebut, bayaran drpd deposit yg dipegang oleh peguam tadi akan dilepaskan terus kpd juru ukur. Walaubagaimanapun, tuan punya/ penjual hendaklah berakujanji utk mengembalikan segala bayaran deposit tersebut, terutamanya yg telah dilepaskan oleh peguam tersebut kpd pihak2 yg berkenaan, sekiranya proses pengeluaran geran individu tersebut gagal diperolehi atau ditolak oleh pejabat tanah atas apa2 sbb sekalipun dlm tempoh yg ditetapkan.
  • Baki bayaran harga jual beli akan hanya dijelaskan oleh pembeli melalui peguam tersebut kpd tuan punya/ penjual setelah geran individu yg berasingan dikeluarkan, sama ada secara tunai atau melalui pinjaman, di mana pinjaman hanya boleh dibuat setelah geran individu dikeluarkan.
  • Setelah kedua2 pihak bersetuju dgn syarat2 dan terma2 tersebut di atas, barulah transaksi jual beli tanah lot yang belum ada geran individu tadi boleh diteruskan..jika tidak, mungkin anda boleh lupakan sahaja niat anda untuk beli tanah lot tersebut..carilah saje tanah lot lain..mungkin bukan rezki anda di situ.
Semoga dapat dipraktiskan!
Powered by Blogger.