Cara Bijak Beli Kereta




Kereta adalah liabiliti. Banyak tips beli kereta untuk orang muda, paling utama, kita tidak disyorkan untuk beli kereta 1st hand / kereta yang ada ikatan dengan bank. Hutang lama (biasa orang ambil 9 tahun, susut nilai kereta teruk menigkat). Berjimat sekarang, insyaAllah masa depan gembira.

Orang muda maklumlah muda, suka benda baru dan bergaya. Beli kereta baru adalah trend kebanyakan orang muda sekarang. Baru mula kerja, dah beli kereta dan buat loan. Ada yang belum kerja tetap dah beli kereta gunakan “graduate scheme 0% down payment”. 
Sekali lagi, kereta adalah liabiliti. Apabila kita ada komitmen dengan bank, sukar untuk kita buat loan seterusnya. Lainlah kalau kita rajin buat business kereta sewa.
Kereta apa pun kita mampu beli sebenarnya, cuma kita boleh jadi tak mampu bila kena bayar untuk service & maintenance dan lain-lain. 

5 Cadangan saya, kalau nak beli kereta pastikan:

1. Beli kereta dibawah kemampuan, “jika anda mampu beli BMW cukuplah hanya dengan Proton Waja, Jika mampukan Ferrari cukuplah hanya anda beli Mercedes.” Saiful Nang. 

2. Beli dengan cash. Cari kereta yang murah. Kalau tak mampu beli yang first hand, cari kereta terpakai, atau beli kereta sambung bayar daripada ahli keluarga.

3. Beli Hutang. Bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan tidak lebih 10% dari jumlah gaji bersih dan 5% perlu diperuntukkan setiap bulan untuk persediaan (roadtax, insurans tayar & servis).

4. Bila nak beli kereta belilah yang kos selenggaranya murah. Sebab tak semua kereta yang murah, murah kos selenggaranya.

5. Kalau beli kereta terpakai, bersahabatlah, rapat-rapatlah dengan pomen. Senang nak rujuk bila ada tidak kepastian.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Surah Yusuf: 48)
WA.
Powered by Blogger.