Fresh Graduate dan Gaji

Salam.
Kadar harga tol dah naik. Kadar kenaikan lebih daripada 50%. Ramai dah menggeluh, tadi baca satu tweet, budak U tengah pergi collect jubah convo.
Persoalannya, kerja dapat x lagi? OK tak apa. Maybe ramai yang sedang mencari.. dan ramai dah dapat kerja.
Mengikut trend sekarang, gaji permulaan bagi seorang Fresh Graduate ber-IJAZAH adalah RM 2500.00
  1. https://ringgitplus.com/en/blog/Personal-Finance-News/RM2-500-Fresh-Grad-Salary-Why-its-Not-a-Question-of-Enough.html
  2. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/07/Experts-on-salary/
RM 2500.00 - 11% Kwsp = RM 2225.00
Gaji ni cukup kalau Tak:
  1. merokok
  2. beli kereta
  3. beli superbike
  4. bayar macam-macam dan macam-macam tak lagi.
Sebagai seorang manusia, semestinya anda yang duduk di kotaraya akan terpaksa rela untuk membelanjakan wang demi menampung kehidupan yang kadang tak berapa trendy pun tapi masih menyepit. Contoh perbelanjaan wajib setiap bulan:
Mobile internet - RM60
Sewa Rumah/Bilik - RM250
Makan - RM600
Kereta - Perodua Axia SE 1.0 AT (2015) RM511.12 - 0% down payment
Petrol & Toll - RM450 (Harga naik)
Mak Ayah - RM200
Simpan - RM150
TOTAL: RM2221.12 baki?
RM 3.88 
Hutang PTPTN tak tolak lagi. So macam mana nak hidup?
Tepuk dada tanya nafsu.
Powered by Blogger.