Peraturan Asas Kewangan




Dalam kehidupan ada peraturan, ada undang-undang ada garis panduan. Begitu juga dalam kewangan peribadi.

Untuk memastikan kewangan yang stabil, saya amalkan seperti yang berikut:

#1. Simpan dulu belanja kemudian


Simpanlah paling kurang 10% jumlah pendapatan bersih setiap bulan. Anggaplah simpanan itu adalah satu perbelanjaan wajib dan perkara pertama yang perlu dilakukan sejurus menerima gaji! Kemudian, berbelanjalah seperti biasa.


#2. Belanja kurang dari pendapatan


Semakin kurang perbelanjaan, semakin tinggi simpanan yang dapat dibina dan semakin stabil kewangan peribadi anda.


Semakin banyak perbelanjaan, semakin tinggi risiko untuk berhutang.




#3. Hidup ringkas & simple


Hidup biarlah dibawah kemampuan. Berlebih itu pembaziran dan pembaziran itu amalan syaitan.


Orang kata, kad kredit itu ada baiknya. Kalau pandai bayar tepat masanya, boleh dapat pulangan tunai!


Ya betul! Tetapi ingat, hakikatnya wang tersangatlah mudah untuk keluar tetapi sangat susah untuk masuk. Begitu juga dengan hutang kad kredit. 


Bila tiada masalah, jangan cari masalah.


#4. Bina bajet 


Bajet belanjawan adalah alat yang berguna untuk memastikan perbelanjaan berada di landasan yang betul. Pembinaan bajet yang betul, adalah berdasarkan perbelanjaan sebenar dari beberapa bulan sebelumnya. 


Jangan letak anggaran. Tetapkan jumlah sebenar.

 #5. Jangan jaga tepi kain orang


Jaga perihal kehidupan dan kewangan sendiri. Jangan bimbang tentang bagaimana lain orang menghabiskan wang mereka. Jika ada yang memandu kereta mewah, jangan mencemburui mereka, tidak perlu bina alasan dan memberitahu diri bahawa anda juga perlu sebuah kereta yang mahal.
Hidup jangan ikut orang. 


Buat pilihan dan belanjakan wang ke atas perkara-perkara yang membawa keuntungan, bukan perkara yang orang lain hargai.


Bonus!
 

#6. Tidak senang untuk senang

Jangan bermain judi.


Juga jangan perjudikan hidup dengan sebab orang kata perniagaan yang disertainya memberi pulangan yang tinggi. Kekayaan mereka tunjukkan dengan kereta import, jam tangan, aksesori dan pakaian berjenama serta gambar-gambar percutian di luar negara.
Walhal hanya wang anda yang mereka mahu.

#7. Tanya diri


Setiap kali ingin berbelanja pada sesuatu yang kononnya murah, cuba tanya diri dan jawab dengan jujur sama ada anda memerlukannya atau tidak. Fikirkan sebab-sebab mengapa untuk tidak perlu membeli dan tanya diri jika ia benar-benar boleh membantu anda ke arah matlamat yang ingin di capai.


Begitu juga dengan membuat keputusan kewangan. Buat kira-kira atas kertas bukan congak-congak, minta pandangan keluarga dan pasangan khasnya.




Sentiasa ingat belanjakan wang ke atas perkara-perkara yang membawa keuntungan, bukan perkara yang orang lain hargai.
Powered by Blogger.