Persiapan kewangan untuk sambut bayi




Berikut merupakan cara saya dan isteri (kami) merancang dan mempersiapkan kewangan bagi menyambut kelahiran bayi kami.

Sebelum kelahiran, perancangan dan persediaan seperti berikut adalah perlu untuk dilakukan lebih-lebih lagi ianya melibatkan kewangan:

1. Kenalpasti lokasi & kos untuk pemeriksaan (checkup)(setiap bulan)


Untuk bayi kedua, kami memilih klinik swasta. Setiap bulan checkup dijalankan selepas waktu bekerja. Untuk anak pertama, kami ke klinik kesihatan kerajaan. Jimat wang, tapi tak jimat masa.

Masa itu emas bukan? Kami habis lebih RM1000 untuk kos pemeriksaan sahaja.
 
2. Kenalpasti lokasi & kos untuk bersalin 
 

Bersalin masih di hospital swasta yang dekat dengan rumah cuma berlainan hospital untuk kedua-dua anak. Kos bersalin secara normal dan duduk bilik single kami bayar dalam RM2800. 

3. Kenalpasti lokasi & kos untuk checkup bayi (selepas bersalin)

Bagi anak pertama, kami bawa dia checkup di klinik kesihatan dari usia 1 hingga 2 bulan. Bagi yang kedua, kami masih belum ada pengalaman sebab bayi baru berusia 5 hari ketika artikel ini ditulis.Tapi perancangannya bawa saja ke klinik swasta untuk menjimatkan masa.

Rasanya setiap kali checkup, tak lari dalam RM150.
 
4. Senaraikan barang keperluan bayi & ibu (sebelum, semasa dan selepas bersalin)


Anak kedua, kami kurang membeli barang. Kerana peralatan dan barangan keperluan anak pertama masih elok. Cuma beli 3 helai baju baru. Tapi yang paling penting adalah persediaan keperluan untuk ibu. Semasa mengandung perlukan makanan, supplement dan pakaian yang bersesuaian. Selepas bersalin perlukan keperluan berpantang, makanan yang sihat-sihat, keperluan breast feeding, bidan urut dan lain-lain. 




5. Kenalpasti kos "perlindungan" (insuran) untuk anak yang bakal lahir.

Ini juga penting! Pastikan anak anda ada insuran ataupun ambillah Pelan Takaful pendidikan untuk anak. Banyak manfaatnya kelak. 

Persediaan menyambut kelahiran anak tidaklah semudah nak membuat anak. Pastikan kita bijak berbelanja dan merancang demi masa hadapan mereka. Jangan terlalu gopoh membeli sesuatu untuk anak, apa-apa pun biarlah mengikut keupayaan & berdasarkan keperluan masing-masing.

Tambahan! 

6. Kenalpasti Taska / Pusat Jagaan untuk anak anda! 

Rate untuk Taska bagi kawasan Selangor dan Lembah Klang adalah dari RM350 hingga RM1000.


TIPS CARI PENGASUH/TASKA

Jangan lupa SHARE dan semoga bermanfaat!
Powered by Blogger.